SUKAN CATUR SK LAHAD DATU III

 



CARTA ORGANISASI GURU PENASIHAT 
SUKAN CATUR
SK LAHAD DATU III
TAHUN 2023 / 2024


PENGERUSI

EN. ANAS BIN ARSHAD 

TIMBALAN PENGERUSI

RASIDAH BINTI RASJID @ RASHID


AJK

PN NURHASM ABD RAHMAN
PNPAHID MUSTAPHA

PN. MAINEJIBINTI DUSIN
PN. NURDIYANA ATIQAH BINTI CHHUSIN

PN. NOR ANIDAH BINTI HASHIM LAJA

PN. ROSLIN BINTI OMAT
PNBADRIEYAH BINTELIAS

CIK ZULAIKHA BINTI PAHIN


Informasi Aktiviti Sukan Catur 
SK Lahad Datu III 
Sepanjang Tahun 2023



KEJOHANAN CATUR MSS BAWAH 12 TAHUN 
PERINGKAT MSS NEGERI SABAH TAHUN 2023
15 -  17 OGOS 2023  /  RANAU 


Kejohanan catur merupakan salah satu acara sukan di bawah Majlis Sukan Sekolah-Sekolah yang dianjurkan di peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan. Kejohanan catur yang berlangsung di peringkat daerah merupakan sebahagian daripada peringkat pelaksanaan  untuk memilih pemain-pemain catur bawah 12,15 dan 18 tahun bagi mewakili daerah ke peringkat negeri dan kebangsaan.

Selaras dengan pelaksanaan kejohanan yang diadakan di peringkat daerah, SK Lahad Datu III telah berjaya menghantar empat orang pemain catur dan terpilih bagi mewakili daerah ke peringkat negeri kategori bahawh 12 Tahun yang akan diadakan di Ranau Sabah.

Peserta@pemain catur SK Lahad Datu III yang terpilih adalah adik Evan Chris Madris, adik Mohd.Adi Sufyan, adik Adila Rossalis dan adik Rayfal Faaik Uwais.

Di antara objktif utama kejohanan catur diadakan adalah untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran murid-murid berhubung dengan permainan catur; memilih wakil atau pemainan catur ke peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan; dan membina jati diri dan sahsiah di kalangan murid.

Adalah diharapkan semoga team catur sekolah berjaya dalam kejohanan tersebut dan seterusnya mara ke peringkat yang lebih tinggi.


Sumber Photo - Cikgu Anas Arsad

Dr.Rosdah Herawaty Hamid Guru Besar SK Lahad Datu III & Barisan PK
Bersama Team Catur Sekolah 
(Wakil Daerah Ke Peringkat Negeri)


Keberangkatan Team Catur Daerah Lahad Datu
Ke Kejohanan Catur MSS Sabah 2023 Di Ranau

Sumber Photo - Cikgu Zulaika



Team Catur SK Lahad Datu III
Menjalani Latihan Pusat Di SK Sepagaya 
Sebelum Berlepas Ke Ranau



PERTANDINGAN CATUR TERBUKA LAHAD DATU
PIALA PUSINGAN KETUA BAHAGIAN GRS SILAM
22 JULAI 2023 / LAHAD DATU


Lahad Datu, 22 Julai - telah berlangsung  Pertandingan Catur Terbuka Lahad Datu Pila Pusingan Ketua Bahagian GRS Silam dekat sini hari ini. Pertandingan tersebut telah disertai oleh pemain-pemain catur sekitar daerah Lahad Datu.

Kelab Catur SK Lahad Datu III telah menghantar satu pasukan yang terdiri daripada Muhamad Adi Sufyan, Evan Chris, Zetty Adila, dan Khidir Halim. Cikgu Anas Arshad selaku Pengerusi Kelab Catur SK Lahad Datu III telah mengiringi pasukan catur sekolah.

Dalam Pertandingan tersebut adik Muhamad Adi Sufyan telah mendapat tempat ke-2 dan membawa pulang medal, sijil dan wang tunai. Sementara itu adik Zetty Adila telah menduduki tempat ke-6 juga telah menerima pulang medal, sijil dan wang tunai.

Ada pun objektif utama Kelab Catur SK Lahad Datu III menyertai pertandingan tersebut adalah untuk memberikan pengalaman  dan meningkatkan penguasaan murid-murid dalam permainan catur.Adalah menjadi harapan Kelab Catur SK Lahad Datu III agar lebih ramai lagi murid-murid yang akan meminati sukan catur ini sebagai salah satu jenis sukan yang terkandung dalam Dasar 1Murid 1Sukan.Di samping itu juga adalah diharapkan sukan catur ini akan lebih cemerlang lagi di masa-masa mendatang selaras dengan tujuan penubuhan Kelab Catur di peringkat sekolah.

Sumber Photo - Cikgu Anas, SK Lahad Datu III


Para Peserta Sukan Catur SK Lahad Datu III

Adik Muhamad Adi Sufyan VS Peserta-Peserta Dewasa

Adik Muhamad Adi Sufyan Menerima Hadiah Kemenangan
Tempat Ke-2

Adik Zetty Adila Menerima Hadiah Kemenangan
Tempat Ke-6




KEJOHANAN CATUR PERINGKAT  MSS DAERAH LAHAD DATU
TAHUN 2023
4 - 7 JUN  | SM SAINS LAHAD DATU

~Photo by : Nurhasmi SKLDIII 


Guru-Guru Pengiring Dan Team Catur SK Lahad Datu III
Suasana Pertandingan Catur

~Photo by : Anas SKLDIII 
Team Catur Sekolah (Lelaki & Perempuan)
Menerima Sijil & Pingat Tempat Ke-3






Comments